welcome to my cutie bloggie. :)
Schaa AL Hassan






blogskinby:SchaaAlHassan
editby: SYASYA
GIRLS , korang nak berFESYEN? BOLEH tapi.....


Girls and fesyen? Mana boleh dipisahkan right? Korang boleh berfesyen tapi ada syaratnya.. Islam itu mudah,ringkas dan indah. Kita yang menyempitkan pemikiran kita mengenai islam.Berfesyen itu tidak salah tapi kita yang menjadikannya sesuatu yang salah.Islam sentiasa meletakkan garis panduan untuk umatnya dalam apa jua perkara.Wanita sinonim dengan fesyen kerana wanita adalah sesuatu yang cantik sebenarnya.Kalau diperhatikan, wanita ini sangat istimewa sehingga wujudnya surah An-nisa untuk wanita.Begitu kasihnya ALLAH pada kita. =)

Panduan berfesyen menurut Islam:
1)Menutup aurat
=semua bhagian kecuali muka dan tapak tangan
2)Pakaian longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh
=x bleyh ketat2 smpai nmpk bentuk badan korang.
3)Pakaian tidak jarang dan tidak nipis
=xbleyh pakai pakaian yg jarang n nipis smpai bleyh nmpk kat dlm.
4)Melabuhkan tudung hingga menutup dada
=korang nak pakai shawl? boleh je.. yg penting mesti labuh . oke ? :)
5)Pakaian tidak menyerupai lelaki
=x bleyh pkai bju yg hendak menyerupai lelaki
6)Pakaian tidak menyerupai orang kafir
=x bleyh pkai bju yg terbukak sna terbukak sni.


Kalau korang tutup aurat, Insyaallah korang keluar rumah x dak spa pon nk ganggu. Hal ini kerana ALLAH telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani"

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
  
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

 
SO girls, konklusinya kat sni wanita tidak salah berfesyen asalkan mengikut syariat Islam. Teguran ini untuk kita bersama. Thanks sbb baca ^^,
 


foxyform.com